Bersedialah untuk rasa cemburu atau gembira melihat Putera William dan Kate bercuti di North Island (Pulau Utara), sebuah pulau kecil terpencil di Seychelles yang dimiliki oleh seorang lelaki bernama Farhad Vladi.
Pulau yang kecil dan terpencil itu besarnya kira-kira 600 ekar, dikelilingi tebing-tebing dan pokok-pokok kelapa. Terdapat lebih banyak kura-kura di situ berbanding dengan orang-orang di sana – paling tua berusia 150 tahun.
Selebriti-selebriti lain yang pernah bercuti di sini termasuklah Roger Moore (pelakon James Bond) dan pasangan Posh dengan David Beckham. Di sepanjang pantai pulau yang indah itu terdapat 11 buah villa dan setiap villa memiliki kolam.
Apa yang turut menenteramkan perasaan di sana ialah melihat kura-kura bertelur di pasir yang menghala lautan. Namun apa yang menakjubkan ialah sebelum pulau itu terkenal di kalangan selebriti kaya, iaitu sekurang-kurangnya pada era 70-an, pulau itu hanya dihuni oleh tikus-tikus dan kucing-kucing.
Leave a Reply