Bocor – Ciri Samsung Galaxy Note 8.0

Menurut NDTV Gadgets, ada banyak kebocoran maklumat tentang peranti-peranti yang mungkin dapat dilihat ketika Mobile World Congress (MWC) 2013 berlangsung di Barcelona dari 25 – 28 Februari depan. Yang terbaru ialah tablet Samsung Galaxy Note 8.0.

Antara maklumat yang diperoleh dari SamMobile tentang tablet Samsung Galaxy Note 8.0 ialah:

  • paparan 8.0 inci 1280X800 TFT (Super Clear LCD)
  • dijangka dalam 2 versi – Samsung GT-N5100 (3G+Wi-Fi) dan GT-N5110 (Wi-Fi)
  • dimensi-dimensi tablet:  211.3 x 136.3 x 7.95 mm
  • berat: kira-kira 330g.

Selain itu terdapat spesifikasi lain yang dikhabarkan tentang tablet Samsung Galaxy Note 8.0, antaranya:

  • bateri 4600mAh
  • 2GB RAM
  • pilihan 16 atau 32GB sebagai storan dalaman
  • kamera belakang 5-megapiksel & kamera depan 1.3 megapiksel. 
  • dijalankan atas Android 4.2 (Jelly Bean)
  • pilihan-pilihan ketersambungan lain boleh saja termasuk Bluetooth versi 4.0, USB 2.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n dan A-GPS
  • stilus S-Pen

Bagaimanapun, tak dikhabarkan pula tentang pemproses yang akan digunakan untuk menguasakan tablet ini. Namun, Slashgear.com meramal kemungkinan pemproses quad-core Exynos 4 atau pemproses-pemproses Exynos 5 Octa yang baru dilancarkan akan digunakan untuk tablet ini (yang juga sedang  diramal menjadi salah satu ciri Samsung Galaxy S IV dan Samsung Galaxy Note III).

Kos tablet ini tak pula diceritakan, namun Gizmag.com menjangka komponen-komponen purata tablet yang diberi boleh saja berharga seperti iPad mini atau lebih rendah. Untuk rekod, model asas iPad mini boleh diperoleh pada $329 (*RM 990.49  | 18 Januari 2013).

*Harga runcit di Malaysia mungkin lebih tinggi daripada nilai tukaran asing.

Rujukan:
NDTV Gadgets

Menarik dari Web-web Lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*