Batmobile telah dijual $4.2 juta kepada pemilik baru

Batmobile asal yang dimiliki oleh watak Batman & Robin era siri televisyen 1966 hingga 1968, lakonan Adam West dan Burt Ward kini telah dimiliki oleh seorang lelaki Arizona yang amat gilakan watak siri tersebut, menurut Reuters.
Rick Champagne, 56, yang merupakan pemilik syarikat logistik di Phoenix telah berjaya memenangi bida jualan lelong Batmobile pada Sabtu, 19 Januari 2013 di Scottsdale, Arizona. Memiliki kereta Batman hitam futuristik dengan dua tempat duduk itu, baginya bagaikan satu mimpi yang bertukar menjadi nyata.
Ini merupakan kali pertama kereta Batmobile asal itu dipamer di khalayak untuk jualan awam Barret Jackson. Pembeli yang menang bida dengan harga $4.2 juta itu juga perlu membuat bayaran tambahan kasar berjumlah $420,000 premium. 
Kereta Batman yang dikenali dengan nama Batmobile itu telah dibangunkan berdasarkan Lincoln Futura 1955, sebuah kereta konsep yang dibina di Itali oleh Syarikat Ford Motor. Pemilik asalnya ialah George Barris yang sebenarnya telah membeli kereta konsep itu dalam tahun 1965 dengan satu nilai kecil, $1.
Beliau telah diberi masa 15 hari dan $15,000 bagi mengubah suai kereta berkenaan untuk rancangan televisyen Batman dan akhirnya kereta itu berjaya diubahnya menjadi sebutir bintang sama seperti hebatnya watak-watak dalam siri Batman.
Sejak saat itu beliau telah memiliki Batmobile yang diusahakannya. Beliau yang kini berusia 87 tahun, sebenarnya turut menjadi pembekal kenderaan untuk filem-filem dan rancangan-rancangan televisyen lain sebelum itu. 
Batmobile ada banyak keistimewaan. Antaranya ia memiliki enjin V-8, gajet-gajet dalam stereng dengan barang-barang inovatif seperti sistem gear tekan-butang, telefon kereta, dan keupayaan mengatur posisi minyak, asap serta paku bagi menghalang para penjahat. Selain itu, ia turut mempunyai paracut belakang kembar bagi membuat pusingan pantas Bat.

Selepas siri-siri dan sebuah filem Batman disiarkan, Batmobile asal itu telah dibawa menjelajah satu negara, menurut Barris. Ia kemudiannya telah disimpan dalam sebuah bilik pameran swasta di California. Beliau berkata sudah tiba masanya berpisah dengan kereta popular itu untuk dimiliki oleh pemilik baru.

Gambar-gambar berkenaan:

Rujukan:

Menarik dari Web-web Lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*