21 syarikat terbaik 2013 untuk kerjaya anda

Terdapat 21 syarikat Malaysia terbaik untuk orang-orang Malaysia bekerja, khasnya, berdasarkan laporan BH Online hari ini yang mendedahkan hasil kajian majalah HR Asia, terbitan Business Media International.

ZonBicara.com pasti selepas ini akan lebih ramai pencari kerja berpusu-pusu menghantar resume untuk permohonan kerja ke syarikat-syarikat berkenaan bila tersiarnya iklan jawatan kosong. Mana taknya, kajian dijalankan majalah HR Asia itu boleh dilihat ada kredibiliti atau kebolehpercayaan yang tinggi.

Ini kerana ia mengambil kira aspek kepemimpinan, mengkaji maklum balas pekerja syarikat dan pakar bidang sumber manusia. Untuk rekod, ada 145 syarikat terbabit dalam kajian itu yang merangkum 12 negara di Asia dan membabitkan pandangan 4,000 pekerja di Malaysia dari segi motivasi, hubungan emosi di tempat kerja, dan hubungan dengan majikan.

Bahkan HR Asia telah menilai semua 145 syarikat itu bersandarkan syarat-syarat kualitatif dan kuantitatif melalui keputusan kaji selidik yang diperoleh dari kedua-dua pekerja dan majikan. Maknanya ia tidak dipilih hanya pada profil atau dasar sumber manusia semua syarikat terbabit tapi lebih pada strategi modal insan bakat yang ada pada mereka.

Menurut BH Online lagi, antara 21 syarikat terbaik itu terdapat 3 bank dinobatkan sebagai antara pemenang Anugerah Syarikat Terbaik Untuk Bekerja di Asia 2013.

Bank terbaik untuk bekerja 2013 ialah:

  • CIMB Group Bhd
  • RHB Banking Group
  • Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank)

Berdasarkan laporan itu, antara sebab pekerja memilih sesebuah syarikat sebagai tempat kerja yang terbaik bekerja ialah komitmen perniagaan yang kukuh, ganjaran diberi, dan faedah yang diperoleh mereka andai berprestasi cemerlang dalam kerja. Bahkan semangat setia kawan di kalangan pekerja, persekitaran kerja yang bersifat kekeluargaan, kebersamaan, dan tempat kerja yang memberi inspirasi menarik termasuk memiliki barisan individu mahir adalah sebab-sebab pekerja memilihnya.

Mungkin boleh disimpulkan di sini ialah kepuasan bekerja, persekitaran menarik, dan ganjaran atau faedah yang diberi kepada para pekerja menyebabkan ramai antara mereka memilih 21 syarikat terbabit sebagai yang terbaik untuk bekerja di Asia pada 2013.

Berikut ialah senarai 21 syarikat terbaik untuk anda bekerja di Asia, 2013:

  • AirAsia Bhd
  • B. Braun Medical Industries Sdn Bhd
  • CIMB Group Bhd
  • Dell Global Business Center Sdn Bhd
  • Domino’s Pizza Malaysia/Singapore
  • EXIM Bank
  • Golden Arches Sdn Bhd (McDonald)
  • Groupon Malaysia
  • Hartalega Holdings Bhd
  • Jakel Trading
  • Jotun (Malaysia) Sdn Bhd
  • Mah Sing Group Bhd
  • Malakoff Corporation Bhd
  • MKH Bhd
  • MTU Services (M) Sdn Bhd
  • Paramount Property Development Sdn Bhd
  • RHB Banking Group
  • SAS Institute Sdn Bhd
  • Senheng Electric (KL) Sdn Bhd
  • Telekom Malaysia Bhd
  • Vista Eye Specialists

Sumber:
BH Online

    1 Comment

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.


    *