![]() |
Kereta api masa depan terkini yang dibangunkan oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, Jepun. |
Jepun…. oh…. Jepun!!
Satu ciptaan yang MENAKJUBKAN!
Satu lagi ciptaan bangsa JEPUN yang agak berdaya cipta tinggi dan kreatif. Bila agaknya MALAYSIA akan banyak menghasilkan teknologi-teknologi SENDIRI yang MENAKJUBKAN sama seperti bangsa JERMAN, MAT SALLEH, dan JEPUN? – Malaysia memang ada hasilkan tapi terlalu kurang dan boleh dikatakan tak dikomersialkan atau tak digunakan oleh syarikat-syarikat di seluruh Malaysia – Tengoklah KTMB sendiri mengimport ETS (teknologi Jepun) yang dibina di Korea Selatan dan begitulah juga Komuter yang turut diimport teknologinya.
Mana TEKNOLOGI MALAYSIA??
Kereta api yang dicipta itu agak unik daripada sebelumnya. Memang kita telah menyaksikan kereta api “peluru” Jepun mahupun kereta api terapung yang lain. Tapi apa yang membezakannya ialah prototaip kereta api yang dihasilkan oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, Jepun memiliki SAYAP dan seperti kenderaan anti-G (graviti) dalam filem Star Wars, Landspeeder.
Sayap itu dikatakan dapat menolong kereta api unik itu BERLARI dengan LAJU yang tinggi.
Sumber: KOSMO.
Leave a Reply