Noraini – boleh bertutur banyak bahasa – Gambar oleh Kosmo! |
Tentu ramai yang pernah terbaca berita-berita pelik khususnya tentang seorang pelajar perempuan Melayu berusia 17 tahun di Kelantan, bernama Noraini, yang tiba-tiba boleh bercakap Mandarin, Hokkien, dan Korea selepas kemalangan motorsikal dengan sebuah lori kecil yang menyebabkannya koma 11 jam.
Situasi yang dialaminya dikenal dengan istilah perubatan sebagai “Sindrom Loghat Asing” dan “Sindrom Bahasa Asing”. Rekod menunjukkan terdapat hanya 60 kes sindrom seperti ini sejak 1941 hingga 2009. Tapi itu cuma di peringkat luar negara, bagaimana pula di Malaysia? Mungkin ini kes pertama di Malaysia.
Keadaan perubatan yang jarang berlaku itu membabitkan perulangan tutur kata yang biasanya terjadi sebagai satu kesan sampingan kecederaan otak seperti strok dan trauma kepala (migrain teruk, demam selesema, dll.). Noraini dilaporkan menghadapi hentakan pada kepala dan otaknya semasa kemalangan pada 10 Januari 2012 lepas. Sejak kejadian itu, dia bukan saja pelat apabila bertutur bahasa Melayu, bahkan mampu bertutur bahasa-bahasa asing yang tak pernah dipelajarinya sebaik saja bangun tidur pada waktu Subuh.
Tapi, terdapat beberapa kes pernah dilaporkan di mana kanak-kanak dan adik-beradik berkebolehan bertutur loghat atau pelat baru daripada orang yang mengalami sindrom tersebut, di luar negara. Mungkin ini agak menakjubkan apabila ia seperti boleh diwarisi. Betul tak?
Namun begitu, bercakap tentang kes ini, berdasarkan rencana Kosmo pada hari ini, seorang pengkaji paranormal, Mohammad Idrus Abu Hanifah mengaitkan punca kebolehan bertutur bahasa asing selepas kemalangan/trauma kepala dengan kehadiran makhluk halus dalam badan penghidap sindrom terbabit. Adakah benar dakwaannya? Mungkin anda sendiri dapat fikirkan kebenarannya.
Okeylah, untuk itu jom kita lihat kes-kes terbaru tentang sindrom ini di bawah…
Kes terbaru di luar negara, berdasarkan rencana dari pelbagai sumber dapatlah dijelaskan seperti berikut:
KES 1: Oktober 2011,
Debbie McCann, 48 tahun, wanita Scotland.
Sebaik saja sembuh daripada strok, dia terperanjat yang dia mampu berbahasa Itali
dan Cina. Untuk rekod, dia tak pernah berkunjung ke negara-negara tersebut.
Sebulan kemudian, dia “jatuh sakit” dan akhirnya bahasa Itali dan Cinanya tak lagi
boleh dituturkannya. Yang peliknya, selepas sembuh dia dapat satu kebolehan baru
sebagai pengganti, iaitu, kini dia boleh bertutur “dalam loghat Glasgow yang pekat”.
KES 2: 5 Mei 2011 (dilaporkan The Huffington Post).
Karen Butler, wanita Amerika Syarikat, asal Newport, Oregon.
Terjaga daripada pembedahan mulut dan mampu bercakap loghat Ireland (loghat di Britain).
Namun begitu terdapat pihak-pihak tertentu mendakwa ia adalah loghat Eropah Timur.
KES 3: September 2011,
Kay Russel, 49 tahun, wanita Britain.
Sebaik pulih daripada migrain teruk, dia mampu berbicara dalam bahasa Perancis.
KES 4: Sebulan lepas,
Cebie Royston, asal Birmingham.
Selepas sihat daripada demam selesema, dia berkebolehan bercakap dalam bahasa
Perancis dengan tiba-tiba. Dilaporkan, dia pernah menderitai “sejenis penyakit yang
melumpuhkan kemampuan” bercakapnya “selama sebulan”.
Rujukan dan Sumber:
Wikipedia.org
Kosmo!
Leave a Reply