Teknologi kenderaan robotik Jepun terbaru – Uni-Cub

Uni-Cub diuji oleh bekas angkasawan Jepun – Foto: Kosmo!/Agensi
Selasa semalam, sebuah syarikat terkemuka Jepun, Honda Motor Co. telah membongkar satu ciptaan berteknologi robotik barunya iaitu sebuah peranti bergerak peribadi yang diberi nama Uni-Cub. Ciptaan itu telah didedahkan kepada khalayak di Miraikan (National Museum of Emerging Science and Innovation), Jepun dengan satu demonstrasi ditunjukkan oleh seorang bekas angkasawan Jepun Mamoru Mori yang juga merupakan pengarah eksekutif Miraikan.. 

Peranti baru itu dilaporkan membenarkan penunggang mengawal kelajuan hingga 6 km per jam, dan arah dengan hanya memindahkan berat (menggerakkan badan) mereka sama ada ke kanan atau ke kiri jika mahu bergerak ke kanan atau ke kiri. Ia juga memiliki sebuah roda utama di depan manakala sebuah roda kecil di belakangnya berfungsi untuk membuat pergerakan bulat.

Setakat ini, Honda Motor Co. belum merancang untuk memasarkan produk ciptaan terbaru ini. Namun jika ada para penggemar teknologi Jepun ingin menyaksikan sendiri ciptaan Honda Motor Co. yang terbaru ini, anda bolehlah berkunjung ke Miraikan,di Jepun pada bila-bila masa setelah ia dipamerkan di sana.

Ringkasan Ciri-ciri Uni-Cub:
1. Menggunakan teknologi robotik.
2. Kelajuan hingga 6 km/j.
3. Mempunyai kawalan dengan pindahan berat (buai badan ke kanan untuk ke kanan)
    dan (buai badan ke kiri untuk ke kiri).

Saksikan bagaimana Uni-Cub ini digunakan dalam video berikut:

Rujukan:
http://www.japantoday.com/category/picture-of-the-day/view/no-hands
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Menarik dari Web-web Lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*