Orang Singapura dihina?

Gambar Sun Xu & reaksi marah oleh rakyat Singapura —  Berita Harian/AP

ZonBicara.com hari ini terbaca satu artikel berita di Berita Harian tentang betapa marahnya rakyat Singapura terhadap seorang warga China bernama Sun Xu yang datang belajar di Universiti Nasional Singapura (NUS) atas tajaan biasiswa kerajaan itu. Sun Xu dikatakan telah menghina seluruh rakyat Singapura di blognya di Weibo dengan menyebut “anjing lebih banyak daripada orang di Singapura”.

Menurut akhbar, pelajar Kejuruteraan Mekanikal itu meluahkan amarahnya terhadap “warga emas Singapura yang memberi reaksi kurang senang dengan merenung serta memarahinya apabila dia secara tidak sengaja terlanggar mereka di tempat awam”.

Pelajar China itu dilaporkan telah meminta maaf atas kata-katanya terhadap orang Singapura di blognya di Weibo. Tapi dia tetap didenda dengan melakukan kerja-kerja khidmat masyarakat sebagai satu bentuk hukuman hingga 3 bulan. Biasiswa yang diterimanya juga telah ditarik balik oleh pemberinya.

Bagi ZonBicara.com, kata-kata atau tulisan oleh pelajar tersebut ialah satu tindakan biadab terhadap manusia lain walaupun berlainan kewarganegaraan. Apatah lagi dia ialah pelajar dari luar negara yang tujuannya menimba ilmu di negara orang. Ya, insiden itu terjadi antara pelajar China itu dengan rakyat Singapura, tetapi sebagai manusia kita haruslah saling menghormati dan bukannya menghina orang lain. Betul tak?

Sumber:

Berita Harian
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Janganbenciwargaasing_/Article

Menarik dari Web-web Lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*