Semalam, Utusan Online lapor tentang bagaimana Zulfahmi Khairuddin terpaksa lari daripada meraikan kemenangan di podium Kejuaraan Grand Prix Motosikal Malaysia gara-gara ingin mengelakkan dirinya disembur minuman beralkohol itu. Jadi, pujian memang layak diberikan kepadanya kerana bertegas dalam soal itu.
Susulan berita semalam, hari ini web berita tersebut melaporkan pula Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedia menimbang untuk menggantikan minuman beralkohol itu dengan minuman berasaskan buah-buahan seperti yang dilaksanakan di sebuah negara Islam semasa penganjuran Kejuaraan Grand Prix Motosikal di Litar Losail, Qatar.
Bagi ZonBicara.com, tiada masalah untuk SIC menggantikannya dengan mana-mana minuman lain yang tiada alkohol sebagai satu budaya meraikan kemenangan dalam sukan tersebut. Pastinya air buah-buahan bergas (karbonat) yang tiada campuran alkohol masih dapat memeriahkan suasana kejuaraan itu. Litar Losail di Qatar sudah seharusnya menjadi contoh atau ikutan dalam penggunaan air tanpa alkohol tersebut setiap kali penganjuran Kejuaraan Grand Prix Motosikal di Malaysia. Jika Litar Losail boleh laksanakannya kenapa tidak Litar Antarabangsa Sepang (SIC)?
Leave a Reply