Spesies Katak Terbang Baru Ditemui

Katak Pokok Helen – spesies katak terbang baru.

SYDNEY: 
Satu spesies katak terbang baru dan besar telah ditemui di hutan-hutan tanah rendah, selatan Vietnam, kurang daripada 100km dari Kota Ho Chi Minh.

Dinamakan Katak Pokok Helen (Rhacophorus helenae) sempena ibu penemu, katak itu menghabiskan kebanyakan masanya di silara hutan, yang mungkin merupakan satu sebab kenapa ia telah ambil masa panjang untuk ditemui, kata ahli biologi itu.

Ia 10cm panjang, memiliki perut dan mata-mata putih, dan tangan-tangan serta kaki-kaki renang yang digunanya untuk meluncur dari pokok ke pokok, dan sesekali dari silara ke tanah untuk membiak.

“Ia adalah penemuan mengejutkan dan menakjubkan dekat kota besar untuk seekor katak yang besar dan berkarisma,” kata Jodi Rowley, seorang ahli biologi amfibia di Muzium Australia, yang menemui katak itu.

Identiti Salah
Rowley telah lama meninjau hutan-hutan tanah rendah di selatan Vietnam, kurang daripada 100km dari Kota Ho Chi Minh – satu daripada pusat-pusat bandar terbesar di Asia Tenggara – apabila dia telah menemui amfibia besar duduk di atas balak. Namun, dia telah makan masa 1 tahun untuk sedar bahawa dia sebenarnya telah menjumpai satu spesies baru.

“Apabila saya pertama kali melihatnya, saya sangka ia satu spesies [katak terbang] yang telah dihurai, dipanggil Rhacophorus kio,” katanya.

Dia tak sedar hingga 1 tahun kemudian, apabila dia dapati katak yang besar dan cantik di atas sebatang balak adalah bukan  R. kio langsung. Katak Pokok Helen adalah lebih besar dan ada mata-mata dan perut putih, berbanding dengan R. kio yang kuning cerah.

Spesies baru berdepan risiko
Dengan bantuan rakan-rakan sekerja Vietnamnya, dia telah menjumpai 4 ekor Katak-katak Pokok Helen lain berdekatan setompok hutan, sekali gus Rowley telah mengesahkan bahawa ia memang satu spesies baru. Tambahan pula, ia satu spesies yang sedang berdepan risiko.

“[Katak Pokok Helen] adalah dari satu kawasan hutan pamah, yang di bawah ancaman besar di Asia Tenggara dan di Vietnam khasnya kerana populasi besar manusia,” kata Rowley, menambah bahawa hutan-hutan pamah biasanya menjadi yang pertama diceroboh oleh pembangunan kerana capaian mudahnya.

Langkah berikut, katanya, adalah untuk mengadakan lebih tinjauan untuk lihat berapa banyak Katak-katak Pokok Helen ada di luar sana, dan sejauh mana ia tersebar.

“Spesies baru ini berdepan risiko disebabkan kehilangan dan pengurangan habitat yang sedang berlaku – ancaman terbesar pada amfibia seluruh Asia Tenggara – tapi harapnya ia telah ditemui tepat masanya untuk bantu melindunginya,” kata Rowley dalam satu pernyataan dikeluarkan oleh Muzium Australia.

Diterjemahkan oleh Zon Bicara dari Cosmos Magazine
Kredit Imej/Image Credit: Jodi Rowley, Australian Museum

Menarik dari Web-web Lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*