Pakar Terkejut Rakaman Sotong Gergasi Baru Luar Biasa

Selama berabad-abad, sotong gergasi cuma legenda para pelayar dan nelayan, kini ia telah dapat dibuktikan dengan video yang telah berjaya dirakam oleh para pengkaji.

Para pengkaji dan penyiar telah berjaya merakam video seekor sotong gergasi yang sukar ditemui dan ditangkap, dengan saiznya mampu mencecah hingga lapan meter (26 kaki) panjang yang merayau di kedalaman Lautan Pasifik.

Mereka yang terlibat ialah para pengkaji dari Muzium Sains Kebangsaan Jepun dengan kerjasama
penyiar awam Jepun NHK dan Saluran Discovery AS. Video itu julung kalinya berjaya dirakam di habitat asli sotong gergasi yang terletak di laut-dalam, dalam bulan Julai 2012.

Sebelum ini pada 2004, pasukan diketuai Kubodera telah mengambil gambar-gambar pegun seekor sotong gergasi. Kemudian dalam 2006 pula mereka telah merakam video seekor sotong gergasi hidup, namun hanya dirakam dari bot dan ia telah ditarik dengan kail ke permukaan yang kemudiannya mati. Para pengkaji lain di seluruh dunia telah cuba merakam sotong gergasi di habitat aslinya namun semua cubaan telah gagal, menurut Kubodera dalam Discovery News.

Discovery News juga melapor, para penyelidik terbabit menggunakan kapal selam sempit untuk mendapatkan sotong gergasi itu di dalam Lautan Pasifik utara yang gelap dan terlalu dingin, di mana sekitar 630 meter mereka berjaya merakam satu spesimen 3 meter (10 kaki).

Setelah sekitar 100 misi, selama 400 jam dalam kapal selam sempit itu, krew 3 orang tersebut telah mengesan makhluk itu dari satu titik kira-kira 15 kilometer timur pulau Chichi, kepulauan Ogasawara di Lautan Pasifik utara. Pengkaji muzium, Tsunemi Kubodera berkata mereka telah mengekori moluska gergasi itu hingga satu kedalaman 900 meter apabila ia berenang ke dalam jurang lautan.

Memetik ulasan dilapor dalam US News , Edie Widder – seorang pengarah Persatuan Kajian Lautan & Pemuliharaan Florida (ORCA) berkata, “Terdapat kontroversi tentang sama ada sotong gergasi itu ialah seekor pemangsa aktif atau sama ada ia hanya terapung-apung di sekitar kerana keapungan neutralnya.”  “Dengan jelas, daripada apa yang telah kami lihat, ia seekor pemangsa aktif. Ia rakaman yang hebat.”

Widder berkata lagi, dalam habitat semulajadinya, sotong gergasi itu nampak banyak bezanya daripada spesimen-spesimen mati yang telah pun dikaji. “Tiada seorang pun daripada kami menjangka ia kelihatan seperti itu—yang kami jumpa mati di permukaan ialah warna kemerah-merahan,” katanya. “Ini ialah emas dan perak. Ia nampak seperti dibuat daripada logam.”

Rakaman video itu dikatakan akan disiarkan dalam sebuah program dokumentari di saluran Discovery untuk kali pertama pada Ahad, 27 Januari dengan tajuk “Monster Squid: The Giant Is Real” sebagai finale musim Curiosity.

Video pertama Sotong Gergasi, dalam laut:
 
Video ke-2 Sotong Gergasi, atas permukaan laut: 



Kredit imej: NHK/NEP/Discovey Channel

Rujukan:
Discovery News
US News 
First Post 1
First Post 2
Geekosystem
Newsfeed.time.com

Menarik dari Web-web Lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*