![]() |
Facebook Messenger |
Satu ciri baru telah ditambah dalam aplikasi (app) “mobile phone” atau fon gerak Facebook yang membolehkan panggilan-panggilan percuma dibuat oleh para pengguna iPhone di Amerika Syarikat.
Namun begitu, panggilan percuma kepada satu sama lain itu hanya boleh dibuat oleh para pengguna dari app Facebook Messenger di tempat-tempat yang menyediakan wi-fi atau sambungan data-selular.
Berita ini mungkin satu rahmat bagi mereka yang selalu bercakap panjang kerana mereka akan dapat menghindarkan caj-caj panggilan pembawa.
Para pengguna Android dan BlackBerry pula tak perlu risau kerana Facebook turut sedang berusaha menambah ciri itu pada app Messengernya dalam versi-versi sistem operasi itu.
Untuk memulakannya, para pengguna hanya perlu membuka satu perbualan dengan seorang teman, tekan ikon “i” di sudut tangan kanan atas dan pilih “Free Call”.
Bagaimanapun pengguna tidak boleh menelefon seorang teman Facebook yang telah log masuk dari laman web atau talian tetap. Ini kerana panggilan tersebut hanya boleh dibuat kepada pengguna lain yang telah memasang app tersebut dalam iPhonenya.
Seorang jurucakap Facebook memberitahu bahawa ciri baru dalam app tersebut adalah bebas daripada perisian pangilan-video percuma Skype, yang sedia ada dalam Facebook. Tambahnya, ia hanya terhad untuk panggilan suara.
Menurut pegawai tersebut lagi, Facebook telah diharap mengeluarkan ciri itu dalam app Messengernya untuk sistem-sistem operasi lain dan mengembangkannya ke luar negara.
Selasa lalu, Facebook telah membongkar satu enjin carian pintar – dipanggil Graph Search – yang membenarkan para pengguna “asli” mencari kandungan dikongsi oleh kawan-kawan mereka.
Rujukan:
BBC
Leave a Reply