![]() |
Mona Lisa |
SkyNews melapor bahawa saintis-saintis NASA telah menembak satu imej Mona Lisa ke bulan melalui denyut-denyut laser.
Mona Lisa, sebuah lukisan yang diiktiraf sebagai karya agung dunia yang dilukis Leonardo da Vinci telah dipancarkan hampir 240,000 batu ke angkasa.
Sebuah peranti yang dipanggil Pengorbit Tinjauan Bulan atau Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) telah menerima imej yang didigitalkan itu.
David Smith dari MIT, yang juga berperanan sebagai Ketua Altimeter Laser Pengorbit Bulan (LOLA) kapal angkasa mengatakan komunikasi laser sehala ini merupakan kali pertama berjaya dicapai manusia.
Beliau juga berkata bahawa, “Dalam masa terdekat, jenis komunikasi laser mudah ini mungkin akan berfungsi sebagai satu “backup” untuk komunikasi radio yang digunakan satelit-satelit. Pada masa depan yang lebih jauh, ia mungkin membenarkan komunikasi pada kadar-kadar data lebih tinggi daripada yang boleh disediakan oleh hubungan-hubungan radio kini’.
Rujukan:
SkyNews
Leave a Reply