China nak hantar angkasawan ke bulan. Malaysia bila, ya?



Hmm… Itulah satu tajuk dan persoalan yang mungkin kita tertanya-tanya setelah melihat kesungguhan China, berdasarkan laporan Berita Harian Online (1 Jan 2012). Ia memang satu cita-cita hebat yang dicanang oleh sebuah negara yang tertinggi penduduknya di dunia. Mereka sekali lagi berusaha membuktikan kehebatan dengan “mengetuk gendang” – menguar-uarkan cita-cita mereka menawan bulan Bumi agar mereka juga berdiri segah Amerika Syarikat (A.S.), dan Rusia yang memang terkenal dalam bidang aeroangkasa dunia.

Bayangkan berapa banyak wang, masa, tenaga atau pakar yang akan dicungkil di negara itu agar cita-cita besar itu menjadi realiti sekitar 2025 nanti. Namun, usaha awal Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan China itu nyatanya akan bermula dalam masa 5 tahun akan datang seperti yang tertera pada dokumen putih kerajaan China  yang menjadi panduan untuk ekspedisi itu.

Ada dua perkara yang pernah disebut bila kita bercakap tentang bulan Bumi; pertama ialah “objek buatan manusia yang pertama mendarat di bulan” dan ke-2 pula ialah “manusia pertama menjejak kaki di bulan”.

Luna 2 (siri E-1A) milik Soviet Union (Rusia) telah menjadi objek buatan manusia pertama sampai ke bulan pada 13 September 1959 sebelum A.S. membuktikan pula kebolehan mereka kepada dunia dengan menghantar manusia mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencetuskan kemasyhuran kepada Neil Armstrong sebagai manusia pertama menjejak kaki di bulan Bumi.

Mungkinkah Malaysia suatu hari nanti akan menghantar pula angkasawan ke bulan melalui Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dan mencipta manusia Malaysia pertama menjejak kaki di bulan?

Tapi…. apa yang penting bukan itu semua…. kerana apa yang penting ialah bagaimana kita ingin menakluk bulan Bumi atau mungkin Marikh sekali.

Adakah dengan kapal angkasa buatan A.S., Rusia, atau Jepun….. atau kapal angkasa milik dan ciptaan Malaysia sendiri?  

Jom kita usahakan cita-cita Malaysia yang sedang diusahakan oleh Angkasa!! Kita bangkit sebagai bangsa PENCIPTA! Bangsa serba BOLEH! 

~ Selamat Tahun Baru 2012! Semoga Malaysia CEMERLANG lagi…!

Menarik dari Web-web Lain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*