Petang tadi, akhbar The Star Online (11 Nov 2012) melapor berita yang dipetik daripada Bernama tentang penafian Agensi Angkasa Negara (Angkasa) terhadap khabar angin yang beredar melalui media sosial yang mendakwa bahawa dunia akan mengalami kegelapan selama 3 hari mulai 23 Dis. ketika penjajaran alam semesta.
Laporan terbabit menyatakan bahawa semasa penjajaran kosmos Matahari, Bumi dan pusat galaksi, awan-awan debu tebal akan menyekat pandangan Bima Sakti pada waktu malam, kemudiannya mencipta apa yang dipanggil “kegelapan seluruh” (total blackout). Angkasa juga berkata bahawa desas-desus itu adalah tidak benar kerana Bumi letaknya 165 quadrilion batu dari lubang hitam Bima Sakti, dan bahawa kesan graviti akan menjadi terlalu kecil.
“Awan-awan debu tebal akan menyekat pandangan kita ke Bima Sakti, tapi tidak menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi,” menurut pernyataan.
Dalam pernyataan tersebut juga menyebut bahawa sebuah klip video dipos oleh Aeroangkasa Negara dan Pentadbiran Angkasa Amerika (NASA) di YouTube, menunjukkan pegawainya, Charles F.Bolden Jr, menasihat kakitangan NASA agar setiap keluarga bersiap sedia andai berlakunya kecemasan, seperti tragedi 911, hurikan dan gempa bumi, yang telah disalah guna oleh sesetengah pihak.
“Pihak-pihak itu telah memanipulasi video itu dengan kemunculan sebuah artikel berbunyi bahawa NASA meramal “kegelapan seluruh” di Bumi pada 23, 24 dan 25 Dis,” menurut pernyataan.
Sumber:
The Star Online
Leave a Reply