![]() |
Samsung dikhabarkan akan melancarkan Galaxy S IV dengan stilus S-Pen dalam April 2013. Menurut PhoneArena, Galaxy S IV merupakan fon pintar pertama dalam siri-sirinya yang menonjolkan stilus ketika Samsung berhasrat menyatukan siri-siri Notenya dengan kemegahan Galaxy S IV. Hal ini didakwa telah disahkan oleh seorang pegawai Samsung.
Khabar angin baru ini sekali gus mengesahkan desas-desus sebelum ini di web yang mendakwa bulan pelancaran Galaxy S IV adalah dalam April 2013 dan ia sedang dibangunkan bawah nama kod ‘Project J’ .
Antara spesifikasi Samsung Galaxy S IV dengan S-Pen seperti dikhabarkan ialah:
- paparan Super AMOLED 5-inci dengan resolusi 1920 x 1080 (ketumpatan piksel 441 ppi)
- sistem operasi Android (Jelly Bean)
- dikuasakan oleh 2 GHz pemproses Exynos 5440 quad-core
- 8-core GPU
Dikhabarkan lagi bahawa fon pintar itu akan menggunakan kombinasi pemproses A7 dan A15 cekap-tenaga untuk pemprosesan tugas mudah dan berat.
Peranti itu juga dijangka bakal dilengkapi sebuah kamera 13-megapiksel auto-fokus belakang dan badannya dijangka lebih tebal sedikit kira-kira 9.2mm.
Selain itu, ia dijangka turut hadir dengan ‘unbreakable screen’ atau skrin tak boleh pecah yang boleh menjadi tarikan bagi fon pintar dari segi jualan.
Rujukan:
PhoneArena
Leave a Reply